Sambutan Majlis Maulidur Rasul Tahun 2012
Panitia Pendidikan Islam sekolah telah menjalankan Majlis Sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah pada 2 Mac 2012 yang lalu...Majlis ini melibatkan gabungan kedua-dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan St Teresa (1) dan (Dua).. Majlis di mulakan dengan perarakan oleh semua warga kedua-dua sekolah sambil berselawat..Murid-murid dan guru berkumpul di dewan sekolah seawal jam 8.00 pagi...Perarakan dimulakan di hadapan SJKC St Teresa menuju ke sekolah.. Bacaan Al-Quran oleh Adik Azimah merupakan acara pembukaan di dewan sekolah...majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh kedua-dua buah sekolah..Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan..Majlis diakhiri dengan jamuan makan di dewan sekolah. Berikut adalah gambar sepanjang program dilangsungkan.