Hari Pertama Persekolahan Sesi 2015
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid kerana hadir ke sekolah... Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan khasnya murid-murid baru.. Pada tahun ini, pihak sekolah mempunyai seramai 65 orang murid. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan semua warga Sekolah Kebangsaan St Teresa (1), khasnya guru-guru dan murid-murid. Besarlah harapan pihak sekolah agar tahun 2015 ini dapat dijadikan tahun yang gemilang dan cemerlang bagi warga sekolah... Selamat Maju Jaya kepada semua. .