Posts

Showing posts from January, 2015

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2015

Image
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid kerana hadir ke sekolah... Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan khasnya murid-murid baru.. Pada tahun ini, pihak sekolah mempunyai seramai 65 orang murid. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan semua warga Sekolah Kebangsaan St Teresa (1), khasnya guru-guru dan murid-murid. Besarlah harapan pihak sekolah agar tahun 2015 ini dapat dijadikan tahun yang gemilang dan cemerlang bagi warga sekolah... Selamat Maju Jaya kepada semua. .

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Berkhidmat Sekolah 2015

Image
Alhamdulillah....Unit Hal Ehwal Murid telah berjaya melaksanakan majlis Pelantikan Badan Berkhidmat Sekolah bagi tahun ini pada 20 Januari 2015 yang lalu. Upacara ini merupakan acara tahunan yang wajib dijalankan oleh pihak sekolah. Ia bertujuan untuk  memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang dilantik. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Lagu Sekolah diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pn Faridah bt Bahrum selaku Guru Besar SK St Teresa (1). Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil watikah pelantikan yang dimulai dengan Lembaga Pengawas Sekolah, diikuti dengan Pengawas Pusat Sumber dan diakhiri dengan barisan Pengawas Sukan. Bacaan ikrar diketui oleh adik Nurul Izzah Syafiqah bt Azmi selaku Ketua Pengawas Sekolah 2015.  Majlis diakhiri dengan sesi bergambar setiap ahli badan berkhidmat bersama guru penasihat masing-masing.     

Hari Orientasi Tahun 1/2015 pada 29/12/2014

Image
Alhamdulillah...syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya dapat kita sekali lagi menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 bagi sei 2015 pada 29 Disember 2014 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah khasnya guru-guru, ibu bapa dan anak didik yang sudi hadir pada hari tersebut. Semoga murid-murid tahun 1 selesa dan gembira berada di sekolah ini...Selamat Datang...Selamat Menjadi Warga Sekolah ini...  Latar Hari Orientasi  Taklimat kokurikulum oleh GPK Kokurikulum  Sesi Ibu bapa melengkapkan borang yang berkaitan  Pendaftaran   Bacaan Doa  Ibu bapa yang hadir  Ucapan Guru Besar  Ucapan YDP Pibg  Taklimat Kurukulum oleh GPK T&K Taklimat HEM oleh GPK HEM

Selamat Tahun Baru 2015

Image
Selamat tahun baru diucapkan kepada semua warga SK St Teresa (1). Semoga tahun ini memberi lebih makna dan kejayaan kepada kita semua...

Tarikh Persekolahan 2015

Image