Posts

Showing posts from July, 2011

Bengkel Post-mortem PSS tahun 2011

Image
Bengkel post-mortem PSS di PKG Bangsar (27 Julai-28 Julai 2011) jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Hari pertama kami GPM didedahkan dengan Pengurusan Fail Meja oleh Pn Mahanum dan Penghasilan Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi PSS yang lengkap oleh Pn Noraini. Dapatan yang diterima amat baik dan amat berguna kepada semua guru GPM..Terima kasih daun keladi..                                                                      Di PKG Bangsar                                                                  Taklimat oleh En Zaini

Bengkel Pembinaan Blog PSS

Bertempat di PKG Bangsar (19 Julai 2011) 8.00 a.m hingga 4.30 pm

Sekitar Sukan Tahunan Sekolah 16 Julai 2011

Image
Juara  Khemah Tercantik  Rumah Hijau Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah atas sumbangan yang diberikan untuk menjayakan Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini.Berikut adalah keputusan pertandingan sukan tahunan. a) Johan keseluruhan - Rumah Hijau b) Naib Johan Keseluruhan - Rumah Kuning c) Johan Khemah Tercantik - Rumah Hijau d) Johan Perbarisan - Rumah Merah e) Naib Johan Perbarisan - Rumah Hijau f) Johan Sukantara - Rumah Kuning g) Olahragawati - Safura bt Azman ( Rumah Kuning) Bertemakan "Seribu Satu Malam"...berikut adalah gambar yang sempat diambil sepanjang sukan berlangsung.   Khemah Rumah Kuning   Khemah Rumah Merah   Khemah Rumah Biru Persiapan sebelum acara perbarisan. Kumpulan acara selingan... Bacaan ikrar kejohanan oleh semua peserta. Bacaan doa oleh En Saaidi. Ucapan alu-aluan oleh guru besar. Acara selingan.

Program NILAM

Image
Bertepatan dengan saranan pihak kementerian pelajaran, Program Galakan Membaca dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pihak sekolah menyahut saranan berikut dengan melaksanakan Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) di peringkat sekolah. Program ini dilaksanakan sepanjang tahun. Ia melibatkan semua guru, murid-murid dan kaki tangan sekolah disokong penuh oleh pihak PIBG sekolah dan pihak NGO. Berikut adalah antara aktiviti program galakan membaca yang dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun ini. Video pelancaran Program NILAM Tahun 2011 Murid sedang membaca untuk melangkapkan Buku Rekod Bacaan NILAM semasa waktu BM dan BI