Program NILAM
Bertepatan dengan saranan pihak kementerian pelajaran, Program Galakan Membaca dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pihak sekolah menyahut saranan berikut dengan melaksanakan Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) di peringkat sekolah. Program ini dilaksanakan sepanjang tahun. Ia melibatkan semua guru, murid-murid dan kaki tangan sekolah disokong penuh oleh pihak PIBG sekolah dan pihak NGO. Berikut adalah antara aktiviti program galakan membaca yang dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun ini.
Video pelancaran Program NILAM Tahun 2011
Murid sedang membaca untuk melangkapkan Buku Rekod Bacaan NILAM semasa waktu BM dan BI