Selamat Hari Wilayah 2012
Hari Wilayah telah diperkenalkan pada 1 Februari 1973, empat hari setalah Perjanjian Ibu Negeri ditandatangani pada 28 Januari 1974 oleh Yang Dipertuan Agong dan juga Sultan Selangor. Pada 1984, Labuan menjadi ibu negeri kedua manakala Putrajaya adalah ibu negeri ketiga pada 1 Februari 2001.
RIBUAN bendera Wilayah Persekutuan kelihatan gah di tangan-tangan para peserta perbarisan yang mengambil bahagian dalam perarakan perbarisan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 Sabtu lalu.
Perayaan Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.Sambutan pada tahun ini merupakan perayaan kali kelapan yang menggabungkan ketiga-tiga wilayah berkenaan sejak wujudnya Kementerian Wilayah Persekutuan pada 27 Mac 2004.
Walaupun tidak semua negeri di Malaysia meraikan Hari Wilayah Persekutuan, namun aura kemeriahan di Dataran Merdeka menyamai taraf sambutan kemerdekaan yang disambut di seluruh negara.
Wajah bangga dan ceria terpancar sambil tangan mengibar bendera berona kuning, biru dan merah. Bendera itu dihiasi lambang jata negara di bahagian tengah yang dikongsi oleh ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.Bendera terbabit menerapkan warna asas Jalur Gemilang yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
"Selamat Hari Wilayah" kepada seluruh warga SK St Teresa (1)