Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2012

Pihak sekolah ingin menyucapkan "Selamat Menyambut Hari Thaipusam" kepada semua murid-murid serta guru yang beragama Hindu..


Untuk makluman....
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.
Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor,Negeri SembilanJohorPerak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri PahangPerlisKedahKelantanTerengganuSabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum.





Popular posts from this blog

Sekitar Sukan Tahunan Sekolah 16 Julai 2011

Program RIMUP Bersama SJKC St Teresa