Hari Orientasi Murid Tahun 1 Sesi 2014



Pada 30 Disember 2013 yang lalu, Unit Hal Ehwal Murid telah berjaya mengendalikan Program Hari Orientasi Murid Tahun 1. Ia merupakan salah satu acara tahunan yang wajib dilaksanakan  di sekolah.
Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid Tahun 1 khasnya terhadap persekitaran dan suasana di sekolah.


OBJEKTIF
Program ini bertujuan untuk :

  • Membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dengan guru-guru dalam masa yang singkat 
  • Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid-murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio-ekonomi.
  • Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru. 
  • Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid. 
  • Memupuk semangat kerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat kolaboratif.                                                                                                                                                           Berikut adalah rentetan perjalanan sepanjang program berlangsung.
     





Popular posts from this blog

Sekitar Sukan Tahunan Sekolah 16 Julai 2011

Program RIMUP Bersama SJKC St Teresa