Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Tahun 2014




Seperti tahun sebelumnya, Majlis pelancaran NILAM pada tahun ini telah dijalankan pada 27 Januari 2014. Sudah menjadi kebiasaan, sambutan ini dijalankan setiap tahun sebagai acara permulaan Program NILAM bagi tahun semasa.



            “NILAM” atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program NILAM merupakan satu program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Ia melibat semua murid di sekolah. Sejajar dengan itu, pelbagai aktiviti serta rancangan galakan membaca telah dirancang di sekolah.   



MATLAMAT

Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.

OBJEKTIF
  • Menjadikan murid banyak membaca 
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
     





Popular posts from this blog

Sekitar Sukan Tahunan Sekolah 16 Julai 2011

Program RIMUP Bersama SJKC St Teresa