Posts

Showing posts from February, 2016

Terima Kasih Pn Faridah bt Baharum

Image
Tarikh 5 Februari 2016 merupakan tarikh terakhir buat Puan Faridah bt Baharum selaku Guru Besar bertugas di Sekolah Kebangsaan St Teresa Brickfields 1 (M). Setelah hampir 3 tahun beliau bertugas di sekolah ini, beliau akan menyambung perkhidmatannya di SK Jln Bellamy. Selamat Maju Jaya dan terima kasih Pn Faridah bt Baharum. Semoga Allah memberkati segala usaha ikhlas anda... Pn Faridah bt Baharum Guru Besar SKST (1) (Feb 2014-Mac 2016)

Selamat Datang Pn Zarifah bt Mohd Zambri

Image
Seluruh warga SK St Teresa Brickfields 1 (M) mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga SKST (1) yang baru iaitu Pn Zarifah bt Mohd Zambri yang akan bertugas sebagai Guru Besar di sekolah ini...Selamat Maju Jaya, semoga kehadiran beliau akan meningkatkan momentom kecemerlangan sekolah ini kini dan selamanya... Pn Zarifah bt Mohd Zambri  Guru Besar SKST (1)

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2016

Image
Seluruh warga sekolah menyucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada kaum teonghua yang merayakan perayaan ini setiap tahun... Tidak lupa juga selamat bercuti kepada semua yang bercuti...

Wajah SK St Teresa Brickfields 1 (M) Tahun 2016

Image
Berikut adalah hasil kreativiti dan sumbangan tenaga secara sukarela oleh warga sekolah khasnya guru-guru dan pentadbir. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan menjadi titik permulaan kejayaan sekolah pada tahun ini..InsyaAllah...

Majlis Pelantikan Badan Berkhidmat Sekolah (26 Januari 2016)

Image
Pada 26 Januari 2016 yang lalu, Unit Hal Ehwal Murid telah berjaya mengadakan Majlis Pelantikan Badan Berkhidmat bagi tahun 2016. Ia melibatkan penganugerahan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas sukan. Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih murid-murid yang terlibat menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara yang seterusnya. 

Program Jelajah Sekolah Penulis & Pekomik Anjuran PSS (20 Jan 2016)

Image
Alhamdulillah, pihak Pusat Sumber telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Sekolah bersama Penulis dan Syarikat Penerbitan Buku pada 20 Januari 2016 yang lalu. Program yang julung-julung kali diadakan turut disertai oleh sekolah-sekolah yang berhampiran iaitu SK St Teresa 2, SK La Salle 1 dan SK La Salle 2. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang kerjaya seorang penulis kepada murid-murid disamping memenuhi program membaca yang dirancangkan oleh pihak PSS bagi tahun 2016.  

Majlis Pelancaran Program Nilam 2016 pada 18 januari 2016

Image
Program Nilam m erupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan member pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan murid. Program Nilam bermula pada tahun 1998. (peringkat kebangsaan). Penglibatan sepenuhnya sekolah rendah pada Tahun 2003. Program ini bertujuan untuk membina budaya ilmu dalam masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan untuk mencipta budaya ilmu perlu menjana idea serta pendekatan terancang bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih sistematik, terancang, lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan ke arah pembentukan insan yang seimbang. Sudah menjadi acara tahunan, Majlis Pelancaran Program Nilam telah berjaya dijalankan pada 18 Januari 2016 yang lalu.  

Pelancaran Program Bintang Hatiku

Image
Program Bintang Hatiku merupakan program kehadiran ke sekolah yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid. Ia merupakan satu kriteria penting dalam menentukan kecemerlangan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan bahawa kehadiran murid ke sekolah harus diberi perhatian sepanjang tahun. Matlamat utama program ini adalah untuk membina disiplin dan sahsiah yang baik serta semulajadi dalam kalangan murid. Program ini telah berjaya dijalankan pada 4 Januari 2016 , pada jam 7.30 am bertempat di Dewan SK St Teresa Brickfields 1 (M)   Kuala Lumpur