Majlis Pelancaran Program Nilam 2016 pada 18 januari 2016
Program Nilam merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan member pengiktirafan yang sesuai.
Program ini
merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan murid.
Program Nilam
bermula pada tahun 1998. (peringkat kebangsaan). Penglibatan sepenuhnya sekolah
rendah pada Tahun 2003.
Program ini bertujuan untuk membina
budaya ilmu dalam masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan
untuk mencipta budaya ilmu perlu menjana idea serta pendekatan terancang bagi
melaksanakan program galakan membaca yang lebih sistematik, terancang, lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan ke arah pembentukan insan yang
seimbang.
Sudah menjadi acara tahunan, Majlis Pelancaran Program Nilam telah berjaya dijalankan pada 18 Januari 2016 yang lalu.