Posts

Showing posts from February, 2012

Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2012

Pihak sekolah ingin menyucapkan "Selamat Menyambut Hari Thaipusam" kepada semua murid-murid serta guru yang beragama Hindu.. Untuk makluman.... Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar  dan menebus dosa  atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di  Malaysia . Kuil Sri Subramaniyar,  Batu Caves , Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan. Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beber...

Salam Maulidur Rasul

Image
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Maulidur Rasul" kepada semua warga sekolah yang beragama Islam..Sambutan kelahiran rasullullah sentiasa diingati dan diraikan saban tahun...Keperibadian dan sifat-sifat rasullullah amatlah mulia..Semoga kita akan sentiasa berusaha untuk mencontohi amalan serta sifat-sifatNya yang terpuji..Salam Maulidur Rasul 2012...

Selamat Hari Wilayah 2012

Image
Hari Wilayah  telah diperkenalkan pada 1 Februari 1973, empat hari setalah  Perjanjian Ibu Negeri  ditandatangani pada 28 Januari 1974 oleh  Yang Dipertuan Agong  dan juga  Sultan Selangor . Pada 1984,  Labuan  menjadi ibu negeri kedua manakala  Putrajaya  adalah ibu negeri ketiga pada 1 Februari 2001. RIBUAN bendera Wilayah Persekutuan kelihatan gah di tangan-tangan para peserta perbarisan yang mengambil bahagian dalam perarakan perbarisan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 Sabtu lalu. Perayaan Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sambutan pada tahun ini merupakan perayaan kali kelapan yang menggabungkan ketiga-tiga wilayah berkenaan sejak wujudnya Kementerian Wilayah Persekutuan pada 27 Mac 2004. Walaupun tidak semua negeri di Malaysia meraikan Hari Wilayah Persekutuan, namun aura ke...