Posts

Showing posts from January, 2014

Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Tahun 2014

Image
Seperti tahun sebelumnya, Majlis pelancaran NILAM pada tahun ini telah dijalankan pada 27 Januari 2014. Sudah menjadi kebiasaan, sambutan ini dijalankan setiap tahun sebagai acara permulaan Program NILAM bagi tahun semasa.             “NILAM” atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program NILAM merupakan satu program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Ia melibat semua murid di sekolah. Sejajar dengan itu, pelbagai aktiviti serta rancangan galakan membaca telah dirancang di sekolah.     MATLAMAT Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar. OBJEKTIF Menjadikan murid banyak membaca   M...

Majlis Pelantikan Badan Berkhidmat Sekolah 2014

Image
Badan Berkhidmat Sekolah merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid terpilih yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Mereka merupakan “role model” kepada murid lain. Oleh yang demikian, sebagai tanda pengiktirafan kepada badan berkhidmat, Majlis Penganugerahan Pelantikan wajar diadakan. Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan majlis tersebut pada 27 Januari 2014 yang lalu.  Berikut adalah gambaran sepanjang program dilangsungkan...

Hari Orientasi Murid Tahun 1 Sesi 2014

Image
Pada 30 Disember 2013 yang lalu, Unit Hal Ehwal Murid telah berjaya mengendalikan Program Hari Orientasi Murid Tahun 1. Ia merupakan salah satu acara tahunan yang wajib dilaksanakan   di sekolah. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid Tahun 1 khasnya terhadap persekitaran dan suasana di sekolah. OBJEKTIF Program ini bertujuan untuk : Membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dengan guru-guru dalam masa yang singkat   Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid-murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio-ekonomi . Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.   Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid.   Memupuk semangat kerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat kolaboratif.                         ...